Monday, March 11, 2019

#me

Dah mula dah, diri ini menegakkan perkara negetif untuk hilangkan rasa bersalah, diri ini dah berubah lebih dari apa yang dijangka. Mungkin pegangan jiwa lagi kuat menidakkan perkara yang nyata nampak salah dan bodoh, dihentak dan di tekan untuk bisa diri ini berpikir dengan lebih waras. Walhal, kamus hidup diri ini masih merasakan perbuatan itu perkara yang benar.

Menjaga jiwa dan hati manusia ini tidak semudah menjaga hati sendiri, kau bisa meratah dan melapah hati jika engkau disakiti, tetapi mencalarkan hati manusia lain memberi kesan merah dan sakit yang lebih, sikitsikit diri ini belajar untuk berubah. 
Diri ini masih lagi sama, menjaga batas antara manusia keliling, membuka ruang agar semua dekat, dan menghalang jika ada yang ingin menceroboh, dengan itu, diri ini akan lebih kuat untuk menghadapi dan menghindari apa yang tidak diri ini mahukan.

Sejujurnya, perasaan yang jujur belum lagi terluah, yang benar nya, diri ini sudah menerima, menyayangi dan mengagumi manusia lain. Benar kata sahabat, diri ini tidak pernah selembur sebaik sehalus begitu. Keras degil haruk dan hilang, kuat didalam hati ini yang kini sudah lemah. Jika dulu, hati manusia lain tidak diri ini kisah, tetapi kini, telah hilang. Hanyut separuh diri yang asal.

Hanya disini, tempat yang bisa diri ini meluah dikala tiada siapa yang bisa melegakan. Menulis isihati dengan perkara yang tersirat, hanya kerana diri ini seorang yang amat terbuka dan menulis dengan amat tertutup.

ps : Hanya kerana diri ini kurang bernas menggunakan minda akal dan ilmu yang dikurniakan.

No comments:

Post a Comment

merepek ah..pe agie??

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...