Tuesday, May 18, 2021

#SEMALAM10

Semalam Eidina terserempak dengan Zar. Zar dengan teman wanita dia. Nampak bahagia, berbeza bila dengan Eidina. Eidina rasa Zar tak perasan Eidina kat situ. Sebab Eidina tengah duduk kat luar kedai baby, Zar berkepit seronok melayan teman wanita dia, mana mungkin perasan wanita mengandung. 

Rindu perasaan masa keluar dengan Zar masa amanah kali kedua tiba dalam kehidupan. Rasa bahagia yang sekejap. Cukup lah rasa tu. Walaupun seketika, Eidina punya memori bahagia. Allah tidak kejam wahai Eidina. Eidina je rasa kebahagian jarang menjengah. Punya bahagia yang berbayar, bahagia yang tidak percuma, ada nilainya yang harus Eidina ganti.

Eidina dah call mama Arah, Eidina cuma sampaikan Eidina tak ade di sekitar sini untuk beberapa minggu. Dapat kerja luar kawasan. Suara mama Arah membayangkan kekecewaan tidak dapat bertemu Eidina. Mama Arah kata dia akan tinggal dirumah Zar dalam tempoh yang panjang. Tidak pulak Eidina memberi harapan untuk berjumpa mama Arah. Eidina cuma diam dan menukar topik cerita.

Baru dua hari lepas berbual dengan mama Arah, perasaan rindu membuak-buak nak berjumpa dengan mama Arah. Nak lepaskan semua apa yang terbuku, cumanya lepasan itu membahayakan diri Eidina. Eidina tak nak semua tahu mengenai diri Eidina. Eidina tak nak Zar tahu dari mulut orang. Eidina nak Zar yang jumpa Eidina dulu. Eidina nak Zar rasa bersalah dengan Eidina. Eidina nak Zar tahu yang Zar yang buang Eidina. Eidina nak semua tahu yang Zar ni kejam, Zar tak bertanggungjawab, dan Zar memang benci, tak pernah sayang Eidina. Eidina nak apa yang Eidina rasa ni adalah benda yang betul. Yang kononnya, Eidina ni seorang yang emosi, dan punyai mental tak stabil.

Eidina cuma seorang manusia biasa. Teringin bersendirian tetapi berteman. Mahu bersedih dengan kebahagian. 

#SEMALAM 9

 Semalam lagi sekali Eidina sakit kepala. Dah tentulah bukan alahan ataupun pembawakan budak. Nak masuk 40 minggu dah amanat Allah ni Eidina jaga. Perasaan tak sabar tu membuak-buak, tambah pulak dengan bercampur-baur pelbagai imaginasi dan prasangka. Takut, sedih, risau, gembira dan luluh. Risau dengan keadaan diri keseorangan. 

Dua minggu lepas, Eidina ada terfikir untuk hubungi Zar. Nak bagitahu pasal amanat yang Allah kirimkan, tapi perasaan kuat Eidina rasa Zar takkan peduli pun. Lagi seminggu je lagi Eidina kena sabar. Lepas tu, Eidina boleh balik rumah Zar balik. Adelah beberapa kali Zar cuba whatsapp Eidina tanya bila balik dari outstation, ade yang Eidina reply dan ade yang Eidina biarkan berlalu sepi.

Kadang-kadang, cara pesanan Zar sekadar basa-basi nak tanya khabar Eidina. Tak nampak pun keikhlasan mencari Eidina ni. Cuma nak tahu lokasi atau hidup Eidina. Eidina balas bermakna Eidina hidup dan sihat. Cuma masalahnya sekarang, Zar kirim lagi pesanan whatsapp, yang buat kepala Eidina bertambah sakit.

"Mama Arah nak datang rumah, Zar tak sempat nak kemas rumah, nanti balik kerja Eid buat la apa yang patut" pesan Zar yang bersahaja.

Apa yang patut Eidina buat kat rumah Zar? Eidina tak balas pun keberadaan Eidina dimana, takkan la Zar tak perasan yang Eidina tak tinggal serumah dengan Zar dah? Zar berpura-pura tak ambil kisah atau memang tak kisah. Macamana nak hadap mama Arah dengan perut yang nak meletup ni? Alasan apa nak bagi kat Zar?

Cuma ini sahaja yang dapat ditaip oleh Eidina,.

"Eid ada kerja luar."

"Bagi Eid nombor mama Arah, Eid nak."


Harap Zar tak banyak dakwa-dakwi macam selalu. Eidina nak semua benda berjalan seperti yang Eidina rasa dan rancang. Tak nak drama air mata dari orang lain. Eidina nak air mata Eidina sahaja yang dibazirkan. Eidina nak diri Eidina sahaja yang rasa diri Eidina, mangsa keadaan. Bukan Zar, bukan orang lain. Kalau Eidina mati, Eidina rasa gembira buat orang bersalah atas kematian Eidina.

Eidina nak hukum diri Eidina sendiri, Eidina tak nak orang bantu Eidina sebab Eidina bagitahu apa yang Eidina rasa.

Eidina cuma nak rasa diri Eidina dihargai, dijaga, disayangi dengan rela. Bukan kerana simpati orang lain atau rasa bersalah. Seperti mana perasaan Eidina pada amanah ini. Eidina rela berkorban, Eidina akan menyayanginya.

p/s: Makin lama, makin Eidina mencabar mentalnya sendiri.

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...