Sunday, September 22, 2013

empty space

bila bibir berkata untuk membela diri, semua tahu itu bukan dari hati, tetapi dari hati ke fikiran yang dicerna untuk berkata dengan sempurna.

dan semua juga tahu, mereka semua bukannya menjadi diri sendiri, hanya imej yang dipancar dari pengaruh keliling dan juga sifat diri yang ingin penerimaan manusia.

kadangkala semua tidak sedar, imej yang dipancar itu hanyalah sifat yang berpurapura yang mana semua mahukan kesempurnaan.

dalam kelam sendiri berfikir, adakah jiwa yang terpancar mempamerkan diri??

bak kata pepatah, masuk kandang kambing, mengembek
                            masuk kandang harimau, mengaum..

jangan salahkan keliling yang tak membantu, salahkan diri yang tak bisa menghampiri.

Friday, September 6, 2013

Pain

Bila waktu itu tiba, diri sendiri tidak pasti..
Tapi nyata, dalam waktu dan ketika ianya terjadi, diri itu masih berada diawangawangan kerana, tidak mahu kekasih hati kecewa pedih.
Tapi nyata, dalam waktu dan ketika ianya terjadi, kekasih hati merasa diri itu tidak menghargai dirinya yang hadir sebagai pengganti.
Sungguh pun itu terjadi, kekasih hati tidak mengerti perasaan diri itu pada dirinya, diri itu menunggu setiap waktu setiap masa dan setiap ketika.. Hanya menunggu utusan dari kekasih hati.

Kadang kala diri itu menegur, memulakan perbualan tetapi dihambur ketepi, kekasih hati dtg dikala dirinya sepi, diri itu terima sebulat hati. 

Dikala kekasih hati ingin menyatakan hasrat hati, diri itu takut kehilangan kekasih hati, diri itu sayang dan enggan menerima kerana takut diri itu masih belum bisa keluar dari kelompok hitam yang lama.

Masih sayang dan merindu kekasih hati, dan makin hari makin mengerti tentang hati diri itu. 

Selama kekasih hati disisi diri itu, diri itu sudah punya hati kepada kekasih hati. Kasihan diri itu bila diri itu sedar tentang hati sendiri, dimana kekasih hati sudah dipimpin keluar oleh bidadari.
Bodohnya diri itu, sedar setelah kekasih hati hilang dari pandangan hati. 

Thursday, March 21, 2013

Dear Sahabat.

Dear Sahabat,

Saya tahu saya seorang yang meluat, yang kolot, yang hodoh, yang busuk, yang dibenci dan yangyang yang lain. Maafkan saya jika semua itu benar belaka. Itu saya. tak boleh diubah dan ditukar. seara azali yang dibuat oleh diri untuk mencari sahabat yang rela berkawan dengan empunya diri.

Kekurangan keyakinan. Kekurangan kepercayaan. Kekurangan sifat sopan. dan kekurangan yang lain, membuat diri ini lemah. Yah seseorang yang nampak kuat kononya, tetapi lemah selemahnya. Lemah fizikal dan rohani. 

Diri ini ingin menjadi sahabat yang mana awak boleh luahkan segala masalah, menjadi pendengar setia, menjadi pemberi semangat dan menjadi seseorang yang penting. Mungkin dilahirkan sebagai 'forever alone'...

Jauhkan diri awak dari saya jika awak tidak mengangap saya sabahat yang terbaik awak. Sebab hati ini lemah dengan hubungan sahabat. Hati yang dididik untuk memberi kepercayaan 100% kepada sahabat sehingga menganggap sebagai adik beradik dan menyukarkan hati ini terkecil hati dengan perkara remeh.

Tidak terasa dengan perkara remeh, tetapi amat terasa jika awak fikir diri ini bukan yang terpenting dalam setiap masalah yang dihadapi. Bukan seseorang yang perlu tahu masalah yang awak hadapi, tetapi cuma seseorang kawan biasa yang ade untuk mengisi masa kosong dan berlibur. Hey, I always be there for you bro!! haih.

Mungkin dengan jauhkan diri ini, tidak memberi kesan kepada anda. 

the end.

PS terasa.

Saturday, February 2, 2013

SEMESTER 3

2013 ini tahun ke-5 aku tinggalkan zaman sekolah, zaman SPM, zaman tidur dalam kelas, zaman lepak dalam toilet, zaman boleh boo layan homework malas nak buat dan zaman baju putih kain biru.

Tahun ini jugak aku sudah semester tiga. Dah sebulan lebih dah jadi ‘double senior’ ni.. kihkih SENIOR lah sangat.

Subjek-subjek pun makin payah dan diri makin malas. Semua assignment sume nak last minit je kejee.

Muhasabah diri tolong kakak. 4 tahun dulu tu dah cukup jadi pengajaran kat awak tu. Takkan awak nak sia-siakan semua yang awak buat setahun lepas?

Jangan asyik nak tidur je keje. RAJINRAJINRAJIN sikit.

p/s :Semester 3 harus makin rajin. :D

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...