Wednesday, July 10, 2019

you

dtg semasa tiada,
dan masih ada,
setia tidak pasti,
menunggu itu nanti.

hubungan yang tak pasti,
yang jadi hanya janji,
berdiri hati ini,
hanya kerana diri menyayangi.

hari ini aku mengkaji,
siapa diri ini pada matanya,
seseorang yang dia bawa untuk membuktikan dia benar,
atau,
seseorang yang dia datang untuk membalas dendam pada seseorang,
atau,
hanya datang sekadar datang,
aku hanya kisah selepas melihat siapa aku.

hari ini juga aku mengkaji,
apa sebenarnya yang aku cari,
tak menunjuk melalui kata-kata,
mungkin dari perbuatan,
apa lagi yang aku mahu,

behenti beriya untuk melihat siapa aku.


#realiti

dunia ni tak semudah apa yang kita lihat yang terpapar didalam kaca layar yang bisa meracuni minda
dan juga kehidupan yang ditonjolkan mungkin ada dikeliling kita. Mungkin diri ini dan manusia keliling yang menjadi watak utama.

Hidup kau indah tiada sebab yang meragukan, tiada jolokan kesedihan, tenang dan aman maka anda bukan watak utama dalam kehidupan. Mungkin hanya picisan yang diberi agar kau bisa membantu watak utama keluar kepada realiti.


Monday, March 11, 2019

#ya

ya, kadang-kadang je teringat
ya, kadang-kadang je nak kisah
ya, kadang-kadang je baik.

tapi, yang mana tak pernah tahu,

yang mana yang tak pernah kisah,
mungkin taknak kisah, dan mungkin juga kisah

yang mana yang tak pernah ingat,
mungkin benar-benar hilang, dan mungkin terpaksa hilang

yang mana tak pernah nak baik,
mungkin dah selalu baik dan asyik ditinggalkan

manusia ni lain, manusia ni punya jiwa hati akal yang lain, 
mungkin idealogi sama pilihan lain, mungkin pilihan sama, matlamat lain.

Sesungguhnya manusia ni selalu berdepan dengan pilihan yang dia sendiri buat,
ya, kita pilih.
ya, kita harung
ya, kita diam menerima

cuma masa akan membezakan jiwa,
cuma masa akan membetulkan masalah
cuma masa akan bertindak laju.

jika tunggu kita hilang,
jika kejar kita gilang.

u may have it more than others.
u lucky as you are. 
u may deserve better,
but then you already great as you are.



#me

Dah mula dah, diri ini menegakkan perkara negetif untuk hilangkan rasa bersalah, diri ini dah berubah lebih dari apa yang dijangka. Mungkin pegangan jiwa lagi kuat menidakkan perkara yang nyata nampak salah dan bodoh, dihentak dan di tekan untuk bisa diri ini berpikir dengan lebih waras. Walhal, kamus hidup diri ini masih merasakan perbuatan itu perkara yang benar.

Menjaga jiwa dan hati manusia ini tidak semudah menjaga hati sendiri, kau bisa meratah dan melapah hati jika engkau disakiti, tetapi mencalarkan hati manusia lain memberi kesan merah dan sakit yang lebih, sikitsikit diri ini belajar untuk berubah. 
Diri ini masih lagi sama, menjaga batas antara manusia keliling, membuka ruang agar semua dekat, dan menghalang jika ada yang ingin menceroboh, dengan itu, diri ini akan lebih kuat untuk menghadapi dan menghindari apa yang tidak diri ini mahukan.

Sejujurnya, perasaan yang jujur belum lagi terluah, yang benar nya, diri ini sudah menerima, menyayangi dan mengagumi manusia lain. Benar kata sahabat, diri ini tidak pernah selembur sebaik sehalus begitu. Keras degil haruk dan hilang, kuat didalam hati ini yang kini sudah lemah. Jika dulu, hati manusia lain tidak diri ini kisah, tetapi kini, telah hilang. Hanyut separuh diri yang asal.

Hanya disini, tempat yang bisa diri ini meluah dikala tiada siapa yang bisa melegakan. Menulis isihati dengan perkara yang tersirat, hanya kerana diri ini seorang yang amat terbuka dan menulis dengan amat tertutup.

ps : Hanya kerana diri ini kurang bernas menggunakan minda akal dan ilmu yang dikurniakan.

Thursday, February 14, 2019

no one

bila tiba satu masa, diri ini sedar yang diri ini tidak punyai sesiapa yang bisa diri ini menerangkan perasaan diri ini didalam keadaan yang manusia lain bisa terima. Tepat pada satu saat, diri ini tak bisa mencari alasan agar tidak mengutip dendam kerana manusia lain penat untuk mengadap diri ini.

Benar kata manusia, ego diri ini sangat menebal bak gunung Kinabalu, yang tenang untuk didaki dan penat untuk melaksanakan. 

Hai nafas baru, terima kasih hadir buat seketika, diri ini telah menamatkan tahap kesabaran jiwa pada limit terakhir sehingga jiwa tidak mampu lagi berdepan dan menasihati. Diri ini amat degil untuk menerima teguran dan nasihat.

Ya Allah, bawa diri ini lari jauh dari manusia keliling, tidak penting diri ini setelah berperangai begini. Diri ini tetap memilih untuk menjadi dirinya sendiri dan tidak memaksa sesiapa untuk berada dikelilingnya. Jauhkan diri ini untuk berdendam dan diam.

kenapa pada ketika ini jiwa hilang dari diri ini?

Wednesday, February 13, 2019

#SEMALAM8

Dari semalam Eidina runsing, duit simpanan dah nak habis, ade beberapa benda lagi yang Eidina tak sempat nak beli. Dah 8 bulan dah, Eidina letih nak bergerak banyak. Asyik letih je, penat nak kehulur kehilir nak cari barang baby. Banyak barang Eidina pesan atas talian, mudah. Tak payah nak membazir duit, tenaga dan masa nak keluar cari barang, walaupun Eidina teringin nak keluar cari barang baby dengan Zar.

Dua minggu lepas, Eidina buat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal berasingan dengan Zar. Tapi Zar tak tahu pun yang Eidina sewa tempat tinggal lain. Yang Zar ingat, Eidina ade kerja luar diluar kawasan. Jadi Zar buat tak hairan pun dengan ketiadaan Eidina. Hmm. Memang Zar buat tak heran pon selama hari ni.

"Bila balik?" pesanan WhatsApp dari Zar.

Eidina hanya membaca dari paparan notifikasi sahaja. Tiba-tiba Zar nak kisah pasal diri Eidina.

"Zar takde seminggu ni"..
"Ade kerja luar"..

Eidina merenung kembali siling rumah, diam. Tiada sekilas pon dihati Zar nak tanya pasal Eidina. Mungkin punca dari Eidina sendiri, Eidina sendiri yang malas meminta simpati dan memberitahu perihal dirinya kepada Zar. Apa lah yang Eidina harapkan dari Zar. Lepas Zar ade teman wanita, Zar dah lupa Eidina. 

Dulu Zar lain, Zar selalu cuma nak buat baik dengan Eidina, walaupun Zar kahwin dengan Eidina sebab kesian dan terpaksa. Tapi lepas amanat kedua yang Allah kurniakan hilang lagi sekali, Zar dah malas nak layan Eidina, sebab Eidina sendiri dingin dan sedih. Eidina sedih sebab Zar dah tak nak cakap baik baik dengan Eidina. Lama-lama, Eidina buat keputusan berdiam je. Zar pon selalu balik malam, dan selalu takde kat rumah. Amanat ketiga ni pon secara tak sengaja, Eidina demam nakkan Zar. Tapi hubungan Eidina dengan Zar tetap sama, biasa dan macam tiada apa yang berlaku. 

Diam.

Eidina letih memikirkan kebodohan diri, egois dan bodoh. Masa dapat tahu Eidina mengandung, Eidina tak da hati yang seronok pon dengan amanat yang Allah bagi. Eidina tak rasa pon Zar akan seronok, sebab Zar dah bahagia dah pon. Tinggal masa jer Zar akan tinggalkan Eidina.

sigh.

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...