#semalam4

angin. sejuk. dan damai.

sakit kepala dah berharihari. semalam dah telan berbakul ubat. Kejadah dia sakit kepala teruk nak mati. Zar ade suruh ke klinik suruh check kepala hotak ni. Eidina bukan manusia yang sukakan hospital. Kepala sakit dengan hospital boleh pergi matey. 

Tapi kali ni punya sakit, tak boleh berdiri. Bodoh betul. Dapat amanah sekali dgn alahan. 
Letih jadi perempuan ni. Eidina merengus. 

Eidina rasa dunia dengan diri dia tak pernah nak bagi muka. Dari lahir asyik masalah je yang dia hadap. Dia kena bersyukur ke? ke kena marah tak tentu pasal? 

"Oh lupa, Takdir semua dah tertulis dah termaktub, nak kisah apa pasal aturan hidup." desis sinis Eidina kepada diri sendiri.

Eidina tak pernah jelas nak ambil tau pasal kehidupan kat dunia ni. Apa lagi nak ambil tau pasal akhirat. Memang dia tak pernah nak rasa nak buat dua-dua. Kepercayaan dia? HAHA. Boleh bersimpang bila kau bersembang dengan dia pasal agama. Bak kata Eidina, diri dia adalah Islam Moden-Liberal kata kau.

Eidina tahu dunia ini Allah yang punya. Tapi banyak benda dirinya inginkan kepastian, tetapi malas nak berguru dan percaya dengan ideologi sendiri. Bodo kan??

Dua masalah bagi Eidina. Allah dan Cinta.

"Nak bercinta dengan Allah, tapi tak pernah nak mengorat Allah?? Bodoh gila aku" Perli Eidina kepada diri sendiri. Eidina ingat dia bagus sangat nak dapat Cinta pandang pertama dari Allah. Solat pun malas.

Nak kehidupan yang redho tapi malas.

Comments

Popular Posts