Thursday, November 29, 2012

RODA

Aku berada dalam suatu keadaan yang berbeza. Berbeza dari segala macam hal. Yah aku tahu aku patut bersyukur dengan apa yang berlaku. Apa yang Allah tentukan pasti ade hikmahnya. Tapi tak salah kan untuk aku menyesal? Menyesal atas kelalaian aku sendiri? Menyesal dengan kesilapan aku sendiri? Menyesal untuk menjadi lebih baik dan menginsafkan diri sendiri? Bagi aku tidak. Peluang demi peluang sudah terpampang depan mata, dan aku siasiakan dengan sengaja. Kenapa? Kerana rasa diri cukup dikasihi dan tidak merasa susah. Kerana rasa diri cukup bagus dan mampu berada dalam keadaan selamat.

Dan akhirnya? Tercampak sendiri jauh dari matlamat, jauh dari dunia nyata, jauh dari paksi berdiri dan jauhh dari segala gala. 

Untuk aku muhasabah diri.
Untuk aku tahu diri ini lemah.
Untuk memberitahu aku hidup bukannya mudah.
Untuk aku lebih terbuka minda dan visualiti sendiri.
Untuk aku sedar bukan mudah hidup tanpa usaha. 
:(

Dan aku sedar dan sedar dan sedar.
Tapi aku masih lalai. 
Aku sedar dan aku lalai.
Hemm..

No comments:

Post a Comment

merepek ah..pe agie??

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...