Thursday, April 14, 2011

Oh YeaH!!

Oh Yeah!!
Lama doe aku rasa tak update. Haih. takde orang buat aku rasa marah. ^^. acceh, aku ni mara je sah aku update blog, mara je aku update blog, update blog time aku mara. (bagus untuk aku yang semakin nak masuk ke alam puluhan .. haha ajar bersabar..maramara kat blog, lpslps geram sambil taip, bior keyboard ni yang kena kan? den bila time bengkek je aku boleh senyumsenyum, den lepas geram kat blog, kan?)

Haha..cakap pasal mara-mara nie.. teringat kat satu junior aku ni, dia kategorikan aku API., Oh Yeah, aku tak faham y api? Aha! why??

ok, mungkin aku nampak macam seorang yang kuat pemarah, nampak cam tak boleh sabar, then tegas dalam pe yang aku cakap, tak bermaksud aku API (aku rasa kau kata aku api sbb aku suka marah2 je kut, sdngkan kau tak tau ape sal unsur api, air, angin, n tanah) yelah api kan merah marah panas so mesti ade kena mengena kan? so aku pun google about 4 unsur nie. Takde pun yang tunjuk API tue marahmarah.. haha..


Masa google, aku jumpa ini laman cakap about unsur-unsur nie mengikut kedudukan dalam keluarga n aku adalah unsur TANAH sebab aku anak sulung, den dalam belog nie pulak aku adalah unsur AIR if ikut zodiak.


so pe jer personaliti aku nie?? nak tau? Sat.!

Tanah

*Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet.
Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu.
*Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan.
(Aha aku mmg ade sikit sifat merendah diri ini just sebab tak confident jer. tu jer~ tidak cerewet? omo! haha, cerewet gak kekadang ikut tempat la.)

*Digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi.
(oh yeah, beb aku tenang la , haha..aku seorang yang amat pemarah, tapi bijak menahan kemarahan yang mungkin menyebabkan kengkadang agak nampak tenang tapi dalam hati, otak, perasaan boleh je berkecai or meletup..Aha aku bijak mengimbangi emosi? oh mungkin cus aku emo aku sorang je tau..sbb kengkadang aku buatbuat emo..or aku akan paksa untuk emo. fiet! aku ke?)

Unsur air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
(hahahahaha.. no komen)

*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
( ahaa, aku agak senang bersimpati but ikut keadaan la..^^.. imaginatif? hmm.. tah~.. oh sentimental... Oh Yeah.. aku amat suka sentimental2 nie.. perasaan berubahrubah dan berhatihati? perasaan berubahubah itu yaa, but berhatihati tu tak sgt, aku amat berhatihati but gila babi loklaq.. so phm2 je la)

*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
( OMO! betul! senang mengeluarkan air mata, lagilagi tgok cite, baca cite yang sedih.. laju je air mata kuar.. buuuuuuuuuuuuuuuuuuttt takat kena marah ke, kutukkutuk ker.. sory la air mata aku nak kuar.. aku bukan cengeng eehh~)

*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
(tah..flow the flow la tu kut =="")

well.. bukan 100% pun betul.. aku tak caya sgt la benda2 nie, but kalo terkena yang bahagian
SEEEEeedieeeh aku tukarla diri aku jadi kurang sedih k.

Kalo orang kata aku api ka , angin ka, air ka , tanah ka, suka atie la. 
Ade aku heran? Pemarah je api, penyabar je air, dingin je amgin, cool je tanah.. ape da? 
suma orang ade je suma tue, ikut tempat, time, keadaan la.. suresure keluar hat mara,sabar,dingin n cool tu...

haha

p/s..
aku tertinggalan zaman baru nak tgok cite korea drama boy over flower n cite japan hanakimi???.. lol xoxo.^^

Thursday, April 7, 2011

bila sudah bosan.

fb gua semakin bosan.. makin hari makin bosan. tiada serinya lagi.. LOL.. apakah?
haha.. semua gambar aku hide.. jarang update status.. jarang komen status.. dan jarang on pun..
ape yang seronok sekarang iyolah youtube.. tgok drama korean yang aku tak pernah tgk, tgok vlog or video parody.. inianwarhadi la, mathlutfi90 la, maria elena la, kyopropaganda la, arghh macammacam lagi.. haha gaji buta la bak kata onnie feena kan? haha.. mmg bosan gua tak tau nak buat ape lagi. kerja gua bosan, bosan, bosan. harrggghh mmg bosan, waahhh alam maya.. mcmana nak hilangkan kebosanan gua nie.. ahaa.. tgok wayang! dahhh.. takde yang best pun.. semalam dah tgok dah ngan Bro Fiet cerita HOP  best gak la.. agak kelakar n ringan.. tak lah penat. energy pun tak banyak guna.. haih.. dah nak kerja nie..

chow!!

Monday, April 4, 2011

mana profesional anda??

lagi sekali aku boleh menahan kesabaran aku. yeah aku berjaya. yeah seorang yang setengah panas baran mampu menjadi sebagai seorang yang gila coooool. Aku mampu!!  Andai aku tak mampu, mmg engkau dalam keadaan yang amat memalukan semalam di Port Dickson dan aku mmg akan angkut geng aku balik Puchong naik bas. YEAHH.. Berkat kesabaran aku, air muka adik aku, air muka aku, air muka geng aku, pemikiran aku yang makin matang, perasaan aku nak enjoy, perasaan yang ingin melepak di pantai yang panas tapi sejuk,..ternyata aku mampu menghalang diri aku dari melakukan sesuatu yang memburukkan keadaan.. 
TAhNiaH kepada aku!!

Yeah.. aku tak perlu mara,bengang,bengkek atau ape, sbb phk kau sudah meminta maaf atas kesalahannye dan salah faham yang tertimbul itu hari.

Jujur aku kata anda mmg tidak mature dan  tidak tahu utk berbisnes walaupun mungkin sudah banyak orang guna perkhidmatan kau. yeah tanpa bukti, hitam atau putih, anda sudah menyatakan adik aku memerlukan perkhidmatan kau. Boleh aje aku cakap dekat situ, depan anda yang anda mmg tak tau procedure berbisnes tapi aku tau yang anda baru sahaja berumur 18 tahun, baru menceburi bidang itu dan berbisnes. Yaa, itu pengajaran buat anda. Hah, aku berfikiran matang ketika itu, tidak melulu menyerang anda dengan hujahhujah, pointpoint yang aku ada utk menyatakan phk aku tidak salah. Yeah, aku agak respek beberapa rakan bisnes anda yang bertindak profesional, yang aku rasa anda dan sewaktudgnnya, patut contohi rakan bisnes anda itu.

Bagi yang meletakkan kesalahan keatas phk aku dan adik aku, harap maaf aku dan kwn aku tidak akan memohon maaf atas kesalahan yang tidak nyata. FYI, Aku dan geng aku hanya menggunakan perkhimatan pengangkutan dari Puchong ke Port Dickson, itu saje,.. yang lain kami tak terlibat.

Dan sepatutnya tiada masalah 'miss communication' bak kata rakan adik aku itu berlaku..kerana anda yang mengajak, yang memberitahu kekosongan tempat, dan menguruskan. Komunikasi kami hanya dengan anda. 
Jadi kami tidak sepatutnya diletak kesalahan. Disebabkan kecuaian anda, kami dengan rakan anda yang ingin berbisnes mempunyai salahfaham.

Disebabkan kami, rakan anda terpaksa meminta pertolongan rakannya, yang juga rakan bisnes anda dtg Puchong hanya utk menumpangkan kami ke Port Dickson. Dan anda juga menyatakan anda semua hanya datang hanya untuk bisnes. Aku rasa bersalah kerana sudah membuang masa anda semua, dan menyusahkan rakan anda yang jauh sematamata utk menumpangkan kami. Our bad...regret.''''' BUT rakan adik aku kata ada kekosongan tmpat sehingga kami setuju utk follow anda semua ke PD. Kami rela menarik diri jika rakan adik aku itu memberitahu masalah sebenar. Thank untuk itu~. Amat bersalah bagi kami semua, tapi tak perlulah anda perlu membuat muka taik kat kami semua.

Haha, part yang paling kelakar ialah anda semua boleh bermandi manda, sedangkan tadi, anda mengatakan anda semua dtg ke PD sematamata utk berbisnes, dan mahu pulang awal. BRAVO!! anda yang bermuka taik pun, amat ceriakan setelah bermandimanda kan? tetapi kenapa masih mahu bermuka dingin dgn kami? yah kenapa? menyatakan mahu pulang awal? kami yang terpaksa menunggu anda semua? Apakah!!???
LU piki la sendiri ~!!

apa pun, perkhidmatan pengankutan anda mmg terbaik, dengan bayaran RM 10.00,pegi dan balik.. TERBAik ler...

Friday, April 1, 2011

YOU!!

terror kan? kau stalk boleh? orang lain tak boleh? kau jeles boleh? orang lain tak boleh? kau merajuk boleh? orang lain tak boleh? kau online boleh? orang lain tak boleh? kau marah2 boleh? orang lain tak boleh? kau berkawan boleh? orang lain tak boleh? kau bergambar boleh? orang lain tak boleh? kau bergayut berjam2 boleh? orang lain tak boleh? asal orang lain tak boleh je bagi kau? wehh?? haih.. Fikir lahhhh!!!!

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...