Saturday, September 30, 2017

#SEMALAM7

Dah 5 bulan Eidina duduk kat rumah, dah berhenti kerja. Tapi Zar tak tahu pun. Eidina sengaja je tak nak bagitau apa apa kat Zar. Malas nak cakap kat Zar sebab musabab dia berhenti. Nanti keluar la segala sangkaan bodoh dia kat Eidina. 
Entahlah Eidina masih lagi serabut dengan hubungan dia dengan Zar. Tak pernah pulak Eidina dan Zar berbincang mengenainya. Masing-masing dengan dunia sendiri. Bila masa bosan, Zar datang dengan penuh kebaikan. Lepas tu, hilang seperti angin bayu. Eidina bosan.

Sedih bila dapat tahu amanah kali tiga ni berjaya sehingga bulan keenam, lagi tiga bulan je, Eidina selalu berkurung bila Zar kat rumah bila masuk bulan kelima. Entah. Dan terus entah. Zar sendiri dah malas nak tanya khabar Eidina dah bila selalu Eidina buat perangai emosi dia. Nak salahkan Zar pun tak boleh, mungkin bosan layan manusia tak pernah nak menghargai kehadirannya. Tak hargai? Cukuplah Eidina jaga amanah diberi sebaiknya, kalau dulu masih bodoh dan apla. Tapi sekarang tidak lagi. Eidina pastikan amanah ini lahir menjejak dunia dimana dia bisa diuji untuk memilih pengakhirannya sendiri.

Sedetik sikit hati Eidina sedih, bila rawatan susulan, tiada wujudnya Zar disisi. Kehulu kehilir bersendirian. Bila hati sedih resah, Zar masih lagi happy dengan teman wanitanya. Sayang seribu kali sayang. Eidina hanya merajuk sebulan kerana Zar, tapi Zar mengambil keputusan untuk meninggalkan Eidina. 

Kuatkah Eidina?

No comments:

Post a Comment

merepek ah..pe agie??

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...