Friday, September 6, 2013

Pain

Bila waktu itu tiba, diri sendiri tidak pasti..
Tapi nyata, dalam waktu dan ketika ianya terjadi, diri itu masih berada diawangawangan kerana, tidak mahu kekasih hati kecewa pedih.
Tapi nyata, dalam waktu dan ketika ianya terjadi, kekasih hati merasa diri itu tidak menghargai dirinya yang hadir sebagai pengganti.
Sungguh pun itu terjadi, kekasih hati tidak mengerti perasaan diri itu pada dirinya, diri itu menunggu setiap waktu setiap masa dan setiap ketika.. Hanya menunggu utusan dari kekasih hati.

Kadang kala diri itu menegur, memulakan perbualan tetapi dihambur ketepi, kekasih hati dtg dikala dirinya sepi, diri itu terima sebulat hati. 

Dikala kekasih hati ingin menyatakan hasrat hati, diri itu takut kehilangan kekasih hati, diri itu sayang dan enggan menerima kerana takut diri itu masih belum bisa keluar dari kelompok hitam yang lama.

Masih sayang dan merindu kekasih hati, dan makin hari makin mengerti tentang hati diri itu. 

Selama kekasih hati disisi diri itu, diri itu sudah punya hati kepada kekasih hati. Kasihan diri itu bila diri itu sedar tentang hati sendiri, dimana kekasih hati sudah dipimpin keluar oleh bidadari.
Bodohnya diri itu, sedar setelah kekasih hati hilang dari pandangan hati. 

Thursday, March 21, 2013

Dear Sahabat.

Dear Sahabat,

Saya tahu saya seorang yang meluat, yang kolot, yang hodoh, yang busuk, yang dibenci dan yangyang yang lain. Maafkan saya jika semua itu benar belaka. Itu saya. tak boleh diubah dan ditukar. seara azali yang dibuat oleh diri untuk mencari sahabat yang rela berkawan dengan empunya diri.

Kekurangan keyakinan. Kekurangan kepercayaan. Kekurangan sifat sopan. dan kekurangan yang lain, membuat diri ini lemah. Yah seseorang yang nampak kuat kononya, tetapi lemah selemahnya. Lemah fizikal dan rohani. 

Diri ini ingin menjadi sahabat yang mana awak boleh luahkan segala masalah, menjadi pendengar setia, menjadi pemberi semangat dan menjadi seseorang yang penting. Mungkin dilahirkan sebagai 'forever alone'...

Jauhkan diri awak dari saya jika awak tidak mengangap saya sabahat yang terbaik awak. Sebab hati ini lemah dengan hubungan sahabat. Hati yang dididik untuk memberi kepercayaan 100% kepada sahabat sehingga menganggap sebagai adik beradik dan menyukarkan hati ini terkecil hati dengan perkara remeh.

Tidak terasa dengan perkara remeh, tetapi amat terasa jika awak fikir diri ini bukan yang terpenting dalam setiap masalah yang dihadapi. Bukan seseorang yang perlu tahu masalah yang awak hadapi, tetapi cuma seseorang kawan biasa yang ade untuk mengisi masa kosong dan berlibur. Hey, I always be there for you bro!! haih.

Mungkin dengan jauhkan diri ini, tidak memberi kesan kepada anda. 

the end.

PS terasa.

Saturday, February 2, 2013

SEMESTER 3

2013 ini tahun ke-5 aku tinggalkan zaman sekolah, zaman SPM, zaman tidur dalam kelas, zaman lepak dalam toilet, zaman boleh boo layan homework malas nak buat dan zaman baju putih kain biru.

Tahun ini jugak aku sudah semester tiga. Dah sebulan lebih dah jadi ‘double senior’ ni.. kihkih SENIOR lah sangat.

Subjek-subjek pun makin payah dan diri makin malas. Semua assignment sume nak last minit je kejee.

Muhasabah diri tolong kakak. 4 tahun dulu tu dah cukup jadi pengajaran kat awak tu. Takkan awak nak sia-siakan semua yang awak buat setahun lepas?

Jangan asyik nak tidur je keje. RAJINRAJINRAJIN sikit.

p/s :Semester 3 harus makin rajin. :D

Monday, December 31, 2012

2012 :D

2012 membuka mata aku tentang segalanya.
Kawan
Perasaan
Keluarga
Masa depan
Pelajaran
Diri sendiri :)

Dan boleh dikatakan tahun ini tahun yang amat bermakna bagi aku. 

Permulaan yang amat baik untuk memulakan sesuatu yang baru.
*anggukangguk*
Dari satu level yang aku anggap aku gagal sebagai seorang anak, seorang sahabat, seorang pelajar, dan seorang manusia.. DAN sekarang aku masih berusaha untuk lari dari kepompong gagal. DAN 2012 membuktikan aku boleh.

Aku tahu, Allah menjanjikan kebahagian kepada makhluknya, dan aku bersyukur aku mendapat kebahagian yang cukup pada tahun 2012. Bersyukur Ya Allah. Terima Kasih :).

Kenangan lama harus diingat untuk menjadi pengajaran. Pengajaran yang sampai bilabila. Pengajaran yang membuat aku kuat dan makin bijak mengatur emosi, bijak mengatur hidup, dan bijak mengatur jiwa. 

Emosi dan jiwa yang rabak dulu.. Kini semakin pulih, bukan sepenuhnya tetapi makin sembuh. Sembuh tanpa ubat. Sembuh tanpa rasa. Tetapi tetap menunjukkan parut. PARUT.

PARUT memang susah melenyapkan dirinya. Parut memang suka menunjukkan rasa sakit. Parut akan tetap menjadi parut. Eh, gunalah Bio-Oil. *Hikhik

Jika dilihat, parut masih bisa menjadi pemanis hidup. Cerita dalam kehidupan. Dugaan yang mampu kita tempuh. Walaupun sakit, kita cuba berusaha. Dan kadang-kadang kita kecundang.

Segalanya dah tertulis. Takdir.
Takdir. Takdir. Takdir.

Bukan Nasib. Bukan Nasib.

Diingatkan, TAKDIR :).. 

Terima kasih semua, jalan ini jalan yang ditentukan Allah. Aku bersyukur. :)

Wednesday, December 5, 2012

let me be me.

Hai again. :)

Aku kembali dalam keadaan yang murung, mendung. Memikirkan nasib sendiri yang payah. Yah. Kali ini, aku memikirkan aku dengan kawan sekeliling aku. 

Siapa kawan aku yang lain melainkan kawan tempat aku study sekarang. Tiada? Hmm.

Sebab? Sebab aku sendiri.
Sebab diri ini sangat teruk dan wishlist orang yang tak mungkin dijadikan sahabat. 
Wishlist orang yang menyampah dan meluat.

Itu yang aku rasa.

Mungkin aku yang terhegehhegeh mencari kawan aku kembali. Hem.

Yes, aku jealous bila aku tengok budakbudak zaman sekolah rendah aku dulu kat Port Dickson. Pertalian sahabat yang kuat. Dan aku? Hem.

Member sekarang cumalah member sekarang. Diorang lah yang aku spend masa. Lepak sekali. Dan macammacam hal. Dan aku tiada kawan lain :). 

Hem. :(.

Sunday, December 2, 2012

HARIMAU MALAYA

Hari yang sibuk masih sempat lagi aku terkejarkejar pergi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sokong Harimau Malaya VS Garuda. Well, aku sebenarnya sangat penat dan penat because aku baru turun dari Sungai Gabai. Perghh tangga dia tinggi nak mati. Boleh sakit pinggang la kirenye. So, ingat nak cancel je pergi SNBJ sebab dah lambat sgt, sampai Shah Alam 8.15 mlm. Kire mmg lambat lah. Tapi sebab aku dah berjanji dan akulah org yang beriya mengajak mereka, aku redha dan tawakal ke SNBJ even LAMBAT. Demi kawan dan HARIMAU MALAYA.. Annnnd Malaysia kasi hentam 2 gol sekali daaa. annnd aku tak sempat tgk bahagian tu. -___-".. Masuk masa half time. Then, takdak satu goal pun depa kasi hantam. Bad luck me :( .ahahha.

Atleast, Janji Ditepati. Walaupun lambat sikit. Herherherher. :D

Thursday, November 29, 2012

RODA

Aku berada dalam suatu keadaan yang berbeza. Berbeza dari segala macam hal. Yah aku tahu aku patut bersyukur dengan apa yang berlaku. Apa yang Allah tentukan pasti ade hikmahnya. Tapi tak salah kan untuk aku menyesal? Menyesal atas kelalaian aku sendiri? Menyesal dengan kesilapan aku sendiri? Menyesal untuk menjadi lebih baik dan menginsafkan diri sendiri? Bagi aku tidak. Peluang demi peluang sudah terpampang depan mata, dan aku siasiakan dengan sengaja. Kenapa? Kerana rasa diri cukup dikasihi dan tidak merasa susah. Kerana rasa diri cukup bagus dan mampu berada dalam keadaan selamat.

Dan akhirnya? Tercampak sendiri jauh dari matlamat, jauh dari dunia nyata, jauh dari paksi berdiri dan jauhh dari segala gala. 

Untuk aku muhasabah diri.
Untuk aku tahu diri ini lemah.
Untuk memberitahu aku hidup bukannya mudah.
Untuk aku lebih terbuka minda dan visualiti sendiri.
Untuk aku sedar bukan mudah hidup tanpa usaha. 
:(

Dan aku sedar dan sedar dan sedar.
Tapi aku masih lalai. 
Aku sedar dan aku lalai.
Hemm..

Sunday, September 23, 2012

sesi september

September berakhir dengan aktiviti mendaki Bukit Broga dan kita berjaya. Yeaaaaa. 
Mood happy and dancing. Thank Emeir abg bets yang melaksanakan plan yang tak beberapa nak plan sgt. Kalau tak dak hang, tak nyampei la aku nak berbroga dgn akak jantsss and abg sador kita ni haa, (ain and alif). thank kerna sudi memanjat broga bersama saya. And thank juga kepada classmate yang ikut serta, ingatkan tak sudi, harhar. Abang zuhwi Bets pun sanggup tukar plan, dari nak duduk dalam aircond, tukar mengadap alam semulajadi. hahaahhaha. lain kali boleh lepak bareng  lagi.

Thursday, August 9, 2012

Tiredness month.

Gua penat dan nggak larat.
Tahap kengantukan gua makin menjadijadi.
Entah kenapa?, Sindrom Cuti Sem masih melekat mungkin.
Sedangkan kalau diukur waktu tidur gua sekarang, udah dianggap normal bagi seorang pelajar.
"Ahh pelajar lain juga bisa bertahan, sempat menyiapkan segala tugasan tapi kamu?"-hati kecil gua.
"Gua sibuk, gua penat drive dari kolej ke rumah, kamu nggak merasa apa yang gua rasa, kepenatan gua cuma gua yang rasa"-hati besar gua.
Apa yang pasti, gua cuma berharap, kepenatan gua cuma berada dibulan ini, ketika ini.
Jangan berlarutan hingga kehujung sem, parah gua nanti.

Tapi, jika dibandingkan gua dengan mama gua yang tercinta, mama gua seorang wanita yang hebat. Hebat sehingga gua kagum dengannya. Dan menjadikan mama gua itu seorang idola gua dari kecil.

"Apa yang kau kata didalam minda dan fikiran akan memainkan peranan penting kepada badan dan diri kita sendiri."- mama.

Gua terdiam pagi tadi bila gua mengatakan kepadanya gua cuma tidur satu jam setengah.
Yah yang pasti, ia bermula dengan keluhan anak remaja, yang menunjukkan rasa protes dan meminta simpati.
Tapi bukan meminta simpati agar dibenarkan untuk tidak kekuliah.
Gua tahu tanggungjawab gua untuk kekelas, tapi cuma mahu menunjukkan tahap kepenatan gua kepadanya.

Dengan kata-katanya itu, membuatkan gua segera bangkit dari kemalasan dan melupakan kepenatan gua itu.
Ahh, diri gua dikawal dengan minda, tapi gua yang mengawal minda. Jadi, ia bermula dari GUA SENDIRI.

Thank mama.. seorang yang boleh tidur untuk 2-3 jam, menyorkan kepenatan, dan mampu mengalirkan seluruh tenaga kembali dengan tidur selama 10minit.

Monday, July 16, 2012

MALAM

Hmm, esok stat kelas untuk semester kedua, and gua still tak boleh nak kunci mata gua ni haa.

Heh, gua sedang berperang dengan perasaan gua sendiri, yes, gua punya perasaan, perasaan yang gua susah nak translatekan dalam katakata or bahasa. Yes people kat selalu kata muka gua jenis takde perasaan, tapi beremosi. Heh, gua tak paham, ah lantak, kata orang. Malas nak fikir.. ikutkan cakap orang tak kemana la gua nanti. 

Perasaan gua sekarang bercelaru, sebenarnya tadi okay. tapi tadi, mungkin perkara tadi membuat gua begini, maafkan gua, sebab gua cuba tutup perasaan gua tu. Tutup serapatnya, dan mungkin sukar untuk gua cari kuncinya yang lama sudah berkubur.

Yes, TAKUT. Gua takut, takut untuk menghadapi benda yang berlaku disekeliling gua, mungkin segan, entah. dan akhirnya gua memutuskan untuk tidak berfikir. 

Tidak memikirkannya cara gua untuk melarikan diri dari masalah. Sedangkan masalah terus mengejar. Unik. Gua lari, Masalah kejar. Tanpa fikir, Gua lari jauh tanpa menoleh, dan terus berlari dan berdoa, suatu hari nanti gua akan berhenti berlari,menoleh, menghadapi dan terus menyelesaikan masalah itu nanti. Ya Allah, berikan kekuatan kepada hambamu yang lemah ini untuk menghadapi masalah/kekurangan terhadap dirinya ini. Amin . :')

Selesai meluahkan, PS 2012 sem 2. :D

Saturday, July 14, 2012

SEM 2

hai! lama juga wa tak update kan? Hmm, takdak story nak kabor pun, 2 bulan cuti break pun wa tak buat ape. tido makan tido makan tido. Tu je la keje wa.

Well, wa nak share sikit berita baik, baik bagi adik wa dan kami sekeluargaa. My sis tu dapat sambung degree kat UUM. congrat dik. Your akak wish you a lot of good luck!!. lol. Pada masa yang sama, wa sedih la jugak, wa ni bila la nak amik degree. Wa dah tua woii!!.

Haha, wa stat wa punya sem 2 Isnin ni, doakan jugak wa buat yang terbaik. Hmm, wa takkan menyesal punya la dengan keputusan yang wa buat dulu. keputusan yang orang mungkin rasa wa bodoh mungkin. Harharhar

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...