Showing posts with label psikologi oh~. Show all posts
Showing posts with label psikologi oh~. Show all posts

Sunday, November 13, 2016

expressing emotion

kadang-kadang aku berdiri sendiri yang sentiasa mememikir diri yang tidak sempurna, mencari manusia agar bisa menerima diri, sentiasa berusaha manjadi yang terbaik, sentiasa ingin menampakkan diri kuat dan angkuh,

hanya kerana diri cukup lemah sehingga mahu diri dinilai dgn kedudukan yang tinggi dan padu,

terdiam apabila berada dikeliling manusia yang menghargai diri mereka dengan sebaiknya,
yang mana mereka menghargai semua yang berada dikelilingnya tanpa perlu menunjuk apa yang mereka rasa terhadap manusia keliling mereka.

Apa yang aku cari sehingga mencari kesempurnaan dimata, kesempurnaan yang memenuhi apa yang difikirkan, sedangkan yang lain bahagia dengan keputusan yang mudah ditentukan,

bukan mudah hidup didalam prinsip.
bukan mudah hidup dimana ade pegangan hidup,
bukan mudah hidup dimana anda berpura,

dan

aku masih lagi hidup dlm kesenangan tanpa masalah dunia yang menghancurkan diri.
cuma bermasalah dengan dilemma diri.

kenapa manusia ingin kan keagungan manusia, mengingin semua yang dilakukannya nampak dimata orang, menunjukkan dimana hak dan empunya, menghias demi pujian, bergerak hanya untuk mendabik dada... kenapa?

Kerana kita hanya manusia.

yang mencari corak dalam kehidupan sementara,
yang menggali dosa dan pahala untuk bekalan,
yang menunduk sujud mencari yang maha kuasa,
yang menangis hiba menyalah nasib jiwa
yang memujuk hati agar setia,
dan
yang mengajar manusia menjadi dunia.


aku masih lagi mencari apa yang patut aku lakukan.
terus lagi mencari,
atau terus lagi menghitung rancangan.

sudah tahu salah idealogi,
tidak bisa lagi menurut jiwa,
tidak bisa lagi mengangguk setia,
jadi mencari mana hala,
agar bisa menjadi manusia hiba.





Saturday, October 31, 2015

sekadar percaya

tahu tak yang aku tak pernah nak percaya relationship yang takde ikatan ni?
aku just tak percaya,
sbb?
sbb aku percaya perasaan sayang kasih suka minat and so on and on, tapi itu cuma satu mainan hatimanusia yang manipulated diri kita jadi lemah. Lemah sebab manusia.

kata fatin kepada diri dia, keep faith stay faith and have faith. kita tau jodoh mmg dah tertulis kat lufmahfuz, so kita just usaha bila Allah bagi kita satu perasaan indah tu,

Perasaan Indah yang mana menguji dimana iman dan kesungguhan anda. bahahaha.

Thursday, October 8, 2015

#firespirit

Hello there,

Atas paksaan hamba Allah suruh menaip blog instead tweeting perasaan yang show your own immaturity, so Hai! hahaha.

Bercakap pasal semangat ni, kita sebagai manusia memang kena ade pendorong semangat, walau kau hebat macamana pon. Dapat semangat menulis pun, dari hamba Allah yang tu, Hai, Tuan!! haha

k stop there,

Sini nak kabor, salah satu sebab manusia tak boleh berjaya adalah sebab 'kawan'.
Kenapa 'kawan'? Tak logik kan? 
Yes, mmg kegagalan atau kejayaan semua tu bermula dari diri kita. Aku agree benda tu, Totally agree.

Ni aku nak cakap pasal semangat dan sokongan kita sebagai kawan. Kadang-kadang sebagai kawan ni, kita kena jadi penyokong semangat. Agak-agak ade member yang jenis suka runtuhkan semangat kau buat benda yang kau suka/positif untuk your own future tuu, better kau tendang member tu sampai tembus. Hapuskan. Hapuskan je terus. Orang cengginilah punca kau rasa gagal dan rugi.

So, agak- agak kau nak buat sesuatu tuu.. kau go je, jgn piki member. Kang bila dia tanak join dah, kau mulalah rasa frust mcm gampang. *always jadi bila kau join aktiviti ajak member so-so  nak join* Bila kau dah start frust, start lah sesi sangsi dan rasa tanak join benda yang kau nakkkk sgt join. Hanya disebabkan member kau tuu. 

Last-last melepas apa yang kau minat or dapat peluang keemasan sbb member kau tanak join. Waste.

Stand for your right, goal and dream on. Member kau boleh berjaya tanpa kau, kau pun sama. Jgn asyik nak follow member je. Rugi zaman kau nak shine bright like a diamond. 

But, kalau member kau bawak good deed, tak salahkan ikut benda baik.

Ini cuma pandangan, sebagai kawan tak salah kan support benda yang dorang minat. haha



Monday, December 31, 2012

2012 :D

2012 membuka mata aku tentang segalanya.
Kawan
Perasaan
Keluarga
Masa depan
Pelajaran
Diri sendiri :)

Dan boleh dikatakan tahun ini tahun yang amat bermakna bagi aku. 

Permulaan yang amat baik untuk memulakan sesuatu yang baru.
*anggukangguk*
Dari satu level yang aku anggap aku gagal sebagai seorang anak, seorang sahabat, seorang pelajar, dan seorang manusia.. DAN sekarang aku masih berusaha untuk lari dari kepompong gagal. DAN 2012 membuktikan aku boleh.

Aku tahu, Allah menjanjikan kebahagian kepada makhluknya, dan aku bersyukur aku mendapat kebahagian yang cukup pada tahun 2012. Bersyukur Ya Allah. Terima Kasih :).

Kenangan lama harus diingat untuk menjadi pengajaran. Pengajaran yang sampai bilabila. Pengajaran yang membuat aku kuat dan makin bijak mengatur emosi, bijak mengatur hidup, dan bijak mengatur jiwa. 

Emosi dan jiwa yang rabak dulu.. Kini semakin pulih, bukan sepenuhnya tetapi makin sembuh. Sembuh tanpa ubat. Sembuh tanpa rasa. Tetapi tetap menunjukkan parut. PARUT.

PARUT memang susah melenyapkan dirinya. Parut memang suka menunjukkan rasa sakit. Parut akan tetap menjadi parut. Eh, gunalah Bio-Oil. *Hikhik

Jika dilihat, parut masih bisa menjadi pemanis hidup. Cerita dalam kehidupan. Dugaan yang mampu kita tempuh. Walaupun sakit, kita cuba berusaha. Dan kadang-kadang kita kecundang.

Segalanya dah tertulis. Takdir.
Takdir. Takdir. Takdir.

Bukan Nasib. Bukan Nasib.

Diingatkan, TAKDIR :).. 

Terima kasih semua, jalan ini jalan yang ditentukan Allah. Aku bersyukur. :)

Thursday, August 9, 2012

Tiredness month.

Gua penat dan nggak larat.
Tahap kengantukan gua makin menjadijadi.
Entah kenapa?, Sindrom Cuti Sem masih melekat mungkin.
Sedangkan kalau diukur waktu tidur gua sekarang, udah dianggap normal bagi seorang pelajar.
"Ahh pelajar lain juga bisa bertahan, sempat menyiapkan segala tugasan tapi kamu?"-hati kecil gua.
"Gua sibuk, gua penat drive dari kolej ke rumah, kamu nggak merasa apa yang gua rasa, kepenatan gua cuma gua yang rasa"-hati besar gua.
Apa yang pasti, gua cuma berharap, kepenatan gua cuma berada dibulan ini, ketika ini.
Jangan berlarutan hingga kehujung sem, parah gua nanti.

Tapi, jika dibandingkan gua dengan mama gua yang tercinta, mama gua seorang wanita yang hebat. Hebat sehingga gua kagum dengannya. Dan menjadikan mama gua itu seorang idola gua dari kecil.

"Apa yang kau kata didalam minda dan fikiran akan memainkan peranan penting kepada badan dan diri kita sendiri."- mama.

Gua terdiam pagi tadi bila gua mengatakan kepadanya gua cuma tidur satu jam setengah.
Yah yang pasti, ia bermula dengan keluhan anak remaja, yang menunjukkan rasa protes dan meminta simpati.
Tapi bukan meminta simpati agar dibenarkan untuk tidak kekuliah.
Gua tahu tanggungjawab gua untuk kekelas, tapi cuma mahu menunjukkan tahap kepenatan gua kepadanya.

Dengan kata-katanya itu, membuatkan gua segera bangkit dari kemalasan dan melupakan kepenatan gua itu.
Ahh, diri gua dikawal dengan minda, tapi gua yang mengawal minda. Jadi, ia bermula dari GUA SENDIRI.

Thank mama.. seorang yang boleh tidur untuk 2-3 jam, menyorkan kepenatan, dan mampu mengalirkan seluruh tenaga kembali dengan tidur selama 10minit.

Monday, July 16, 2012

MALAM

Hmm, esok stat kelas untuk semester kedua, and gua still tak boleh nak kunci mata gua ni haa.

Heh, gua sedang berperang dengan perasaan gua sendiri, yes, gua punya perasaan, perasaan yang gua susah nak translatekan dalam katakata or bahasa. Yes people kat selalu kata muka gua jenis takde perasaan, tapi beremosi. Heh, gua tak paham, ah lantak, kata orang. Malas nak fikir.. ikutkan cakap orang tak kemana la gua nanti. 

Perasaan gua sekarang bercelaru, sebenarnya tadi okay. tapi tadi, mungkin perkara tadi membuat gua begini, maafkan gua, sebab gua cuba tutup perasaan gua tu. Tutup serapatnya, dan mungkin sukar untuk gua cari kuncinya yang lama sudah berkubur.

Yes, TAKUT. Gua takut, takut untuk menghadapi benda yang berlaku disekeliling gua, mungkin segan, entah. dan akhirnya gua memutuskan untuk tidak berfikir. 

Tidak memikirkannya cara gua untuk melarikan diri dari masalah. Sedangkan masalah terus mengejar. Unik. Gua lari, Masalah kejar. Tanpa fikir, Gua lari jauh tanpa menoleh, dan terus berlari dan berdoa, suatu hari nanti gua akan berhenti berlari,menoleh, menghadapi dan terus menyelesaikan masalah itu nanti. Ya Allah, berikan kekuatan kepada hambamu yang lemah ini untuk menghadapi masalah/kekurangan terhadap dirinya ini. Amin . :')

Selesai meluahkan, PS 2012 sem 2. :D

Tuesday, February 7, 2012

1st impression

Gerek

Poyo

Cool

Gangster

Serius

Annoying

Tak reti senyum

Tak dek perasaan

Tah apeape

Tak boleh buat berkawan

hahahahahahaha.. itu aku masa mulamula korang jumpa aku. YESS korang akan rasa aku itu.. no doubt lagi. YESS korang akan kata aku ni gerek nak mampus.. belagaklah .. sumeee yang negetive..
Y? entah. if korang boleh berkawan dengan aku dengan that impression.. korang the best fren ever. nampak sgt korang tak memilih.. WAALLAAA~

bye~~!! hoho

p/s : time kem kursus asas..aku mmg gerek pun.. hahahaha

Monday, January 2, 2012

2011 :( 2012 :)

heeew..heew.. dah  masuk tahun baru daa.. aku masih berdepaan dgn masalah yg lama.. gosh. ttolong guee!! udehh capek niee.
2011.. ada byk memori yang tak boleh aku lupakan.. mungkin dah makin dewasa.. so semua benda aku sendiri yg kena hadapi. kdg-kdg tak pernah terfikir pun yg aku pernah berada dalam zon kritikal dalam hidup aku nie. yeah aku selalu ingin jadi yg terbaik, terbagus depan semua org.. depan family, kawan.. tapi semua benda tu aku cuma merancang.. tapi yang membenarkan semua yg terjdi cuma Dia. haha..aku menghalang diri dari segala-gala benda yg akan menyusahkan aku..dan mencari sesuatu yg akan memudahkan diri aku.. tap kalau semua benda aku mudah utk mendapatkannya.. mungkin aku takkan tau erti hidup. Masalah..susah.. adalah hidup. Aku akan sentiasa akan berusaha utk menjadi lebih baik bila aku berdeepan dgn masalah. Menyelesaikan masalah bukan mudah..aku harus berfikir berfikir dan berfikir. Dan paling penting aku tak mahu lagi membebankan family aku dgn msalah yng aku boleh selesaikan sendiri :).

2012.... bermulanya aku berada ditempat baru. Ditempat yg tak pernah terfikir. yah.. byk benda berlaku 3tahun dulu membuat aku lebih berhatihati.. dan yg pasti aku tak boleh bersenang-senang bila aku meempunyai sedikit kegembiraan.. itu yg pasti.. Dan aku berharap tahun 2012 adalah tahun dimana aku belajar pengertian hidup yg bermakna..dan juga bermulanya istiqamah dalam setiap penghijrahan yg berlaku dlm hidup aku. Aku mula merancang dan aku harap semuanya berlaku dgn ceria..

ps : miss KB cakap manis jika bertudung.. :)

Saturday, October 22, 2011

Pilihan !

Dalam realiti, kita akan sentiasa berdepan dengan pilihan. Kita perlu membuat pilihan, disebabkan kekurangan yang kita ade..( acecece.. masuk ekonomi pulak :P )..
Well, realiti = pilihan. Walaupun, kadang-kadang bukan sebab kekurangan or else, pilihan terjadi disebabkan oleh kita sendiri! Even dari dalam kandungan ibu pun kita sudah tahu membuat pilihan.

Kadang-kadang pilihan yang dipilih oleh kita sendiri pun belum pasti dapat memuaskan hati sendiri, hmm.. ya aku bukan seorang yang pandai membuat keputusan. Dalam apa keputusan pun aku masih takut menentukan keputusan aku sendiri . Y? Entah aku pun tak tahu. Aku takut salah dengan pilihan yang aku pilih. Aku memerlukan orang untuk membuat keputusan untuk aku. Haha.. masih kecilkan aku? YA! ramai berkata, we need to make choice for ourself! Kita yang hidup, so kita yang akan buat keputusan tu sendiri. Betulkah?!??
Bagi aku tak! Pilihan kita tak semestinya betul. Aku masih perlukan orang buat keputusan untuk aku! dan yang pasti orang tu adalah orang paling aku percaya! and  she's my mom!! Keputusan my mom is the best, even aku kengkadang argue dengan keputusan dia, and she alwaz rite!! 

Sunday, September 25, 2011

hah ha.. she's a vlogger?

no wonder! hah ha ha ha.. nampak? gue ketawa sinis? kalian nampak nngak? huh!..
padanlah ya pandangnya gue kayak mahu dimakan oleh nya.. fine.. bukan gue sorang tapi seluruh teman gue. ya iyalah.. vlogger terkenal gitu~ udah.. ngomong indon pulak gue.. :)

BUUR! sumpah sahabat!.. mula2 gua tgk vlog lu tu.. gua tabik spring gilak babing laaa... lu punya ayat gila kejam n meletup gitu.. cam perrggghhh!! (nampak tak gua puji ikhlas? nampak??)  gua da ckp lu mmg power.. n gua gila suka lu punya video laaa... siap mau follow lu punya vlog..

okeh.. gua pun cam kata la kat hati laaaaa... cam gua pernah jer nampak lu.. mcm dekat2 jer..
sekali......... mmg gua pernah nampak lu la dey.. satu kolej! BAHANABABITULAAA.

alkisahnyer... lu tak knl gua.. gua tak knl lu (b4 tau dia vlogger).. gua selalu lepak kat umh member satu tangga ngan lu.. selalu terserempak kat tangga.. dan kat manamana.. kan satu asrama.. padanla lu pandang gua gila sleeek babi.. like <dlm hati aku kata apahal minah nie? cam nak cari gado jer lu nie, muka macam nak mintak kaki aku yang wangi nie jer>.. okeh,, gua tau gua punya muka mmg selalu gerek jer.. gua smile bila gua rasa nak smile.. tapi kalau lu buat muka camtu.. takkan gua nak smile kat lu kut ? tak pelik ker?
okeh abaikan tu... bila gua lpak sambil study.. gua nampak lu.. lu bajetnyewwww ngn kawan lu.. gila mmg abvious kut lu mmg bajet.. gua pelik lah masa tu asal lu tanak senyum kat orang masa tu.. yelah dah lu usha pelik syial kat member gua. at d end... baru gua tau!

yang lu tu vlogger popular... padan la masa lu pandang orang den orang pandaang lu.. lu punya muka macam cakap ' aku terkenal, terkenal kat youtube.. kau sah kenal aku kan? aku tau aku pop' haha..
okeh, gua tmbah jer yang tu.. last2 gua mnyampah gilakbabingkuasakuda kat dia... dalam vlog dia punya la happy go lucky, nampak friendly, peramah.. boleh bawak jadi geng.. tapi itu hanya disitu.. hakikatnya.. apa yang dia buat kat gua before gua tau dia terkenal membuatkan gua menyampahkan kat dia.. so.. gua jer tau awat gua menyampah kat  lu.. hahahaha
:)

Friday, August 26, 2011

at d end!

:')
rasa hmm
geram kekadang
benci aku
dan rasa
aku yang
dah korang
makin yang
meluat dah
nak mempergunakan
tengok kelebihan
lakonan orang
korang. Lain
Sumpah aku
aku benci
dah kau
menyampah tau
dengan tak?
rasa terasa?
gila kenapa?
meluat. Tikam
aku blakang
suka pisau?? hAHAHAHAH
diri suatu
aku! hari
anda nanti
rasa yang
aku betul
pentingkan punya
diri? tikam
YA! blakang
Aku aku
memang kasi!!
pentingkan
diri.
so?
PrOBlem with that?
lOoK I CARe???
haruslah
tak..
anda
tak
la
sebaik
mana..
Jaga
diri yer!!

Tuesday, February 1, 2011

LOVE??

        "Based on psychological study,a crush only last for a maximum of 4 month. If it exceed, u r already
 in love.."

ya meh?
haha.. susah nak caya kut.. but bila dah kena .. mybe betul kut~
=.=  "
love??
  haha.. bagi aku ..phrase tue bukan betul pun.. y 4 month  jer max dia? aku rasa ar even 2 year pun dengan crush tue.. tak bermakna crush tue true love..

  Bagi aku lagi.. crush tue orang yang kita admire je or suka or minat or watsoever la.. dan bukan true love.. 
boleh ker perasaan like tukar jadi love? betul tak? 

End of the post:

Suma ader kisah cinta memasingkan? haha!!

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...