Wednesday, February 13, 2019

#SEMALAM8

Dari semalam Eidina runsing, duit simpanan dah nak habis, ade beberapa benda lagi yang Eidina tak sempat nak beli. Dah 8 bulan dah, Eidina letih nak bergerak banyak. Asyik letih je, penat nak kehulur kehilir nak cari barang baby. Banyak barang Eidina pesan atas talian, mudah. Tak payah nak membazir duit, tenaga dan masa nak keluar cari barang, walaupun Eidina teringin nak keluar cari barang baby dengan Zar.

Dua minggu lepas, Eidina buat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal berasingan dengan Zar. Tapi Zar tak tahu pun yang Eidina sewa tempat tinggal lain. Yang Zar ingat, Eidina ade kerja luar diluar kawasan. Jadi Zar buat tak hairan pun dengan ketiadaan Eidina. Hmm. Memang Zar buat tak heran pon selama hari ni.

"Bila balik?" pesanan WhatsApp dari Zar.

Eidina hanya membaca dari paparan notifikasi sahaja. Tiba-tiba Zar nak kisah pasal diri Eidina.

"Zar takde seminggu ni"..
"Ade kerja luar"..

Eidina merenung kembali siling rumah, diam. Tiada sekilas pon dihati Zar nak tanya pasal Eidina. Mungkin punca dari Eidina sendiri, Eidina sendiri yang malas meminta simpati dan memberitahu perihal dirinya kepada Zar. Apa lah yang Eidina harapkan dari Zar. Lepas Zar ade teman wanita, Zar dah lupa Eidina. 

Dulu Zar lain, Zar selalu cuma nak buat baik dengan Eidina, walaupun Zar kahwin dengan Eidina sebab kesian dan terpaksa. Tapi lepas amanat kedua yang Allah kurniakan hilang lagi sekali, Zar dah malas nak layan Eidina, sebab Eidina sendiri dingin dan sedih. Eidina sedih sebab Zar dah tak nak cakap baik baik dengan Eidina. Lama-lama, Eidina buat keputusan berdiam je. Zar pon selalu balik malam, dan selalu takde kat rumah. Amanat ketiga ni pon secara tak sengaja, Eidina demam nakkan Zar. Tapi hubungan Eidina dengan Zar tetap sama, biasa dan macam tiada apa yang berlaku. 

Diam.

Eidina letih memikirkan kebodohan diri, egois dan bodoh. Masa dapat tahu Eidina mengandung, Eidina tak da hati yang seronok pon dengan amanat yang Allah bagi. Eidina tak rasa pon Zar akan seronok, sebab Zar dah bahagia dah pon. Tinggal masa jer Zar akan tinggalkan Eidina.

sigh.

No comments:

Post a Comment

merepek ah..pe agie??

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...