Tuesday, April 19, 2016

run

can i just run away?


emosi jiwa tiada disisi,
ingin diri juga lari mengikuti,
akal dan minda menghenti,
niat membontoti henti.

dalam imaginasi dan kehendak diri,
aku ingin lari dari semua ini,
aku ingin tido dari menghadapi,
tidak cukup kuat kah aku?

masih lagi disini?

aku mencari hiburan yang entah tidak pasti,
aku melarikan diri dari apa yang pasti.

buntu memikirkan,
berikan aku kekuatan..

Sunday, April 3, 2016

hibernasi

apa jenis manusia yang sentiasa merungut apa yang ada, sentiasa membanci apa pilihannya dan sentiasa rasa tidak bersyukur dengan apa yang di depan mata?

apa jenis manusia itu?

aku

setelah sedar, aku jauh
setelah sedar, aku hilang

aku angkuh dengan diri sendiri
aku riak dengan jiwa sendiri
aku sombong dengan diri sendiri,

sentiasa berjalan mendabik dada mengata diri yang betul,
sentiasa bergerak seperti pedang didagu,
sentiasa berlari seperti emas dikepala,

dan aku tahu semua itu, dan aku tetap aku.

bukan perhatian yang aku cari,
bukan sokongan yang aku minta.

mungkin menjadi keseorangan yang aku hendak

mungkin berada dalam kegelapan yang aku mahu

mungkin bila tiada yang mencari baru aku kenal siapa aku.

hibernasi pilihan aku, utk aku kenal diri aku.

ketika ini

masih menulis bila sering berada didalam ketika ini

kerana jiwa masih rapuh mengejar dia

dan dihantar satu ujian utk aku tetap dlm jiiwa

kadangkadang aku akur utk terus menjadi aku

terus nekad dgn diri yang tidak sempurna ini

manusia terus berubah, aku masih aku


apa lagi yang aku cari bila aku sentiasa duduk didlam dunia yang baru

apa lagi yang aku pilih jika sentiasa terpilih bukan dihati

apa lagi yang aku risau jika risau sentiasa hadir dalam diri


cuma benci dinilai kerana aku sentiasa dinilai

cuma benci memilih kerana aku salah memilih

cuma benci menjadi manusia lain, dan aku terus akur utk menjadi manusia lain.

dimana aku?

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...