Sunday, April 3, 2016

hibernasi

apa jenis manusia yang sentiasa merungut apa yang ada, sentiasa membanci apa pilihannya dan sentiasa rasa tidak bersyukur dengan apa yang di depan mata?

apa jenis manusia itu?

aku

setelah sedar, aku jauh
setelah sedar, aku hilang

aku angkuh dengan diri sendiri
aku riak dengan jiwa sendiri
aku sombong dengan diri sendiri,

sentiasa berjalan mendabik dada mengata diri yang betul,
sentiasa bergerak seperti pedang didagu,
sentiasa berlari seperti emas dikepala,

dan aku tahu semua itu, dan aku tetap aku.

bukan perhatian yang aku cari,
bukan sokongan yang aku minta.

mungkin menjadi keseorangan yang aku hendak

mungkin berada dalam kegelapan yang aku mahu

mungkin bila tiada yang mencari baru aku kenal siapa aku.

hibernasi pilihan aku, utk aku kenal diri aku.

No comments:

Post a Comment

merepek ah..pe agie??

Rindu

 Yeah. Post ini post rindu kepada semua sahabat baik aku. Aku just rindu kenangan dan orgorg nya sekali. Yes. In what era, kau pernah jadi k...